Ahli Berdaftar : 25
Statistik Pendaftaran Hari Ini : 0 Semalam : 0 Minggu Ini : 0 Bulan ini : 0 Tahun Ini : 16
Statistik Pelawat IP Anda : 38.107.191.98 Jumlah Online : 5 Ahli Online : 0 Tetamu Online : 5 Ahli Terbaru : azman69
16 Ogos 2009 - Pasukan Catur Bistari SK Serom 3 telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan Catur Bistari Kategori Terbuka ( Menengah dan Rendah ) Parlimen Muar , Johor. Pada peringkat akhir pasukan SK Serom 3 telah tewas kepada SMKA Maahad Muar. Selaku Naib Juara Pasukan SK Serom 3 telah menerima wang tunai RM300 , sebuah trofi dan satu set catur Bistari. Pasukan Catur Bistari SK Serom 3 dianggotai oleh adik Muhd Amirul Hakim , Nurfarzana , Nuramanda , Nur Munirah dan Hanis Natasya. Tahniah diucapkan kepada mereka.
29 Julai - Pelancaran Program Minggu Kecergasan peringkat sekolah berjalan dengan lancar dengan terlaksananya beberapa aktiviti yang telah dirancang. Antara objektif program ialah untuk melahirkan pelajar yang cergas dan sihat dalam usaha menjana kecemerlangan dalam pendidikan. Majlis pelancaran dimulakan dengan acara senamrobik dan poco-poco yang dipimpin oleh Cikgu Rohana Bt Mohammad. Acara diteruskan dengan pertunjukkan Taekwando oleh kelab Taekwando sekolah yang kemudiannya diteruskan dengan acara merentas desa.
24 Julai - Israk dan Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di dalamnya terdapat banyak pengajaran dan iktibar yang dapat diambil. Oleh kerana itu , untuk memperingati dan menghayati semula peristiwa yang penting ini di kalangan murid SK Serom 3 , pihak sekolah telah menganjurkan satu program ceramah Israk dan Mikraj pada hari ini. Ceramah yang bermula selepas program membudayakan al Quran ini telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faiz Bin Rashid dari SMK Parit Bunga.
21 Jun 2009 - Pasukan Catur SK Serom 3 dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Cabaran Catur Bistari peringkat Daerah Muar kategori sekolah rendah anjuran Johor Corporation dan KFC. Pertandingan yang berlangsung di SMK Agama Maahad Muar , Johor telah diadakan pada 21 Jun 2009 . Sehubungan dengan itu Pasukan Catur SK Serom 3 akan mewakili Daerah Muar dalam pertandingan peringkat negeri yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Persada Johor. Syabas diucapakan kepada pasukan catur SK Serom 3.
18 Jun 2009 ( Khamis ) - Program Hari Terbuka SK Serom 3 telah diadakan pada hari ini. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak ibu bapa murid-murid SK Serom 3. Program ini bertujuan untuk membolehkan ibu bapa bertanyakan sendiri tentang situasi anak-anak mereka semasa di sekolah. Di samping itu juga ia memberi peluang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru kelas anak mereka tentang permasaalahan anak-anak mereka semasa di sekolah. Program yang merupakan program tahunan ini bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 1 tengah hari.
29 Mei 2009 - Sempena dengan Program English , English Language Club SK Serom 3 telah mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris. Aktiviti -aktiviti ini dijalankan selama satu minggu yang melibatkan semua murid dari tahap satu dan tahap dua. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Essay Writing , Reading , Story Telling , Public Speaking , Rhyme , Spelling dan Quiz. Antara objektif English Week ini dijalankan ialah untuk menggalakkan murid-murid SK Serom 3 menggunakan Bahasa Inggeris dalam pergaulan mereka.
18 Mei 2009 - Setiap tahun bagi mengenangkan jasa guru yang mendidik anak bangsa , hari guru disambut setiap 16 mei pada setiap tahun. Begitu juga dengan SK Serom 3 , sambutan hari guru telah dijalankan diperingkat sekolah pada hari ini. Pelbagai aktiviti yang melibatkan guru dan murid dijalankan pada hari ini. Antara aktiviti yang dijalan ialah perhimpunan sempena hari guru dengan membaca ikrar dan perutusan dari KPM. Seterunya acara diteruskan dengan pertandingan sukaneka yang melibatkan pertandingan rumah sukan yang pesertanya terdiri daripada murid dan guru.
Hubungi Kami : SK Serom 3 , Sungai Mati , 84410 Ledang , Johor Tel/Fax : 06-9751166 eMail: skserom3@gmail.com
Hubungi Kami | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Log Masuk
Penafian / Disclaimer:
Sebarang muaturun samada grafik , aplikasi ,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak web master SK Serom 3 tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum